Winning Product Mastery · Video 2

Swipe File — 4 Sumber Demand

Semua keyword, link, dan cara guna dalam satu tempat. Buka TikTok Shop sekarang dan kumpul 20–30 calon produk.

⏱ Sasaran: Siap dalam 15 minit

1 Product Marketplace ~4 minit

Tempat paling jujur untuk tengok produk apa yang tengah laku keras — angka unit terjual adalah bukti wang sebenar dari pembeli sebenar.

Cara tapis dalam Marketplace

  • 01Pergi Shop Tab atau Product Marketplace dalam TikTok Shop Creator Centre
  • 02Tapis mengikut kategori yang anda nak (Home & Living, Beauty, Kitchen dsb.)
  • 03Sort by Units Sold (mingguan atau bulanan) — bukan by commission rate
  • 04Cari produk dalam RM20–RM80 dengan unit terjual konsisten. Masukkan dalam senarai anda.
🟡 Signal demand yang baik Produk dengan jualan 500+ unit dalam 7 hari terakhir, dalam kategori Mass Market, harga dalam zon impulse buy. Bukan yang paling tinggi unit, tapi yang konsisten naik minggu ke minggu.
3 Creator & Live Host ~4 minit

Cara paling underrated. Kalau seorang creator promote produk tertentu — mungkin kebetulan. Kalau 10–15 creator berbeza promote benda yang sama dalam seminggu — gelombang trend sedang naik.

  • 01Scroll FYP anda selama 5–10 minit, sambil catat produk yang muncul berulang kali dari creator berbeza
  • 02Buka tab Live dalam TikTok — perhatikan produk yang host Live sedang jual aktif. Live host biasanya promote produk yang convert tinggi.
  • 03Cari 3–5 creator affiliate dalam niche anda → buka profil mereka → lihat video terbaru → produk apa yang diulang promote?
  • 04Kalau produk sama muncul dari sumber berbeza — ini konfirmasi demand, bukan kebetulan. Masukkan dalam senarai.
💡 Prinsip: Jangan jadi pencipta trend. Jadi penumpang trend. Affiliate yang menang bukan yang pertama promote produk — tapi yang nampak gelombang lebih awal dan tumpang sebelum terlalu ramai orang masuk. Kalau dah nampak 15+ creator sama, mungkin dah terlambat.

Creator niche popular untuk diikuti

Home & Living affiliate Dapur review TikTok Beauty affiliate Malaysia Produk viral Malaysia Affiliate TikTok Shop MY Unboxing produk viral

Search nama ini dalam TikTok untuk cari creator dalam niche tersebut.

4 Kalodata ~3 minit

Tool analitik TikTok Shop yang paling berguna untuk nampak trend jualan dengan data sebenar — bukan agak-agak. Tunjuk produk yang sedang meroket naik sebelum ia jadi saturated.

Cara guna Kalodata untuk cari demand

  • 01Masuk ke ProductsTop Products atau Rising Products
  • 02Tapis: Negara = Malaysia, Tempoh = 7 hari terakhir
  • 03Cari produk dengan graf jualan yang menaik konsisten — bukan yang spike sekali je
  • 04Semak juga Sellers yang jual produk sama — berapa ramai? Kalau terlalu ramai, mungkin dah saturated
  • 05Export atau catat nama produk + seller terbaik dalam senarai anda
⚠️ Sweet Spot yang Kak Belle cari Demand tinggi (unit sold naik) + jumlah affiliate yang promote masih sedikit + content pesaing masih lemah dan boring. Ini zon terbaik untuk masuk. Kalau demand tinggi tapi content pesaing dah kuat — masih boleh, tapi kena ada angle berbeza.

Keyword untuk guna dalam Kalodata Search

Klik keyword untuk copy — paste dalam Kalodata Product Search.

Tracker 4 Sumber

Tick sumber yang dah anda selesaikan dalam sesi ini. Sasaran: habiskan semua 4 dalam masa 15 minit.

Rumus Tapis Senarai Anda

Lepas habis semua 4 sumber, anda patut ada senarai kasar. Tapis ikut urutan ini sebelum bawa ke Video 3:

  • 01Buang produk yang muncul dari satu sumber sahaja — demand belum tentu kukuh
  • 02Utamakan produk yang muncul dari dua atau lebih sumber berbeza — ini konfirmasi demand
  • 03Pastikan harga dalam zon RM20–RM80 dan kategori Mass Market
  • 04Target: 20–30 calon produk untuk dibawa ke Video 3 (Product Viability)
✅ Anda dah buat kerja betul kalau... Senarai anda ada produk yang anda sendiri tak pernah guna atau rancang beli — tapi data kata ia laku. Itu bermakna anda dah berhenti pilih produk ikut rasa hati, dan mula kerja ikut data.